Friday, 22 November 2013

Uzbekistan Bakal Bina Loji Tenaga Solar?

Uzbekistan

TASHKENT 23 Nov. - Uzbekistan akan menjadi negara Asia Tengah pertama yang bakal membina loji tenaga solar sebagai usaha menghasilkan sumber tenaga mesra alam di negara ini.
Ketua Pembangunan Bank Asia (ADB), Takehiko Nakao semalam berkata, ADB pada awal minggu ini telah meluluskan pinjaman lebih AS$110 juta (RM352 juta) kepada Uzbekistan untuk menjayakan pembinaan tersebut.
"Projek tersebut adalah yang terbesar di Asia Tengah dan berkemungkinan juga terbesar di dunia," katanya.
Loji tersebut akan dibina di sebuah kawasan seluas 400 hektar di wilayah Samarkand. - AFP

Parlimen Belia Ketengah Pendapat Anak Muda

KUALA LUMPUR 23 Nov. -

Platform yang disediakan dalam Parlimen Belia Malaysia (PBM) bakal mengetengahkan pendapat anak muda dalam pelbagai aspek pembangunan negara, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sambil mengajak golongan itu menyertai PBM, Perdana Menteri berkata, kerajaan sentiasa menghargai pandangan dan suara generasi muda.
"Sertai Parlimen Belia hari ini," katanya dalam entri terbaharu beliau di Facebook hari ini.
Pelaksanaan PBM bertujuan untuk melatih dan melahirkan barisan pelapis kepimpinan muda yang berkaliber dan berwibawa sejajar dengan keperluan negara masa kini dan masa hadapan.
Persidangan pertama Parlimen Belia Malaysia dijangka diadakan pada April depan. - BERNAMA

Artikel Penuh: 

Berita Pendidikan Hari Ini : Menjana Kecemerlangan Sekolah




Tanggungjawab mendidik anak-anak adalah  tanggungjawab bersama antara :

  • ibu bapa,
  • Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)
  • dan guru-guru di sekolah.

Ibu bapa tidak seharusnya menganggap bahawa pendidikan hanya berlaku di sekolah semata-mata tanpa penglibatan ibu bapa di rumah. Pendidikan anak-anak bermula sejak di dalam kandungan ibu lagi dan bukannya bermula pada hari pertama anak-anak menjejakkan kaki ke sekolah sama ada memasuki tadika, tabika ataupun prasekolah. Oleh itu, ibu bapa tidak seharusnya terlalu sibuk dengan kerjaya sehingga mengabaikan pendidikan anak-anak. Paling utama, usah serahkan bulat-bulat anak-anak kepada pihak lain kerana anak-anak amat memerlukan kasih-sayang sepenuhnya daripada ibu bapa mereka. Apabila anak-anak tidak mendapat kasih-sayang sepatutnya maka akan berlaku vakum kasih-sayang. Kekosongan tersebut akan diisi dengan pelbagai aktiviti seperti :

  • ketagihan Internet
  • merokok
  • merempit
  • melepak di tempat awam
  • penyalahgunaan dadah
  • dan pelbagai salah laku lain.

Tingkah laku sedemikian perlu segera ditangani oleh ibu bapa kerana sekiranya dibiarkan akan menjejaskan prestasi pelajaran mereka di sekolah.

Walau bagaimanapun, sekiranya anak-anak yang dihantar ke sekolah mempunyai kasih sayang yang secukupnya diberikan oleh ibu bapa, sudah pasti guru-guru dapat menjalankan peranan dan tanggungjawab mereka dengan cemerlang. Guru-guru tidak pening kepala untuk menyelesaikan masalah disiplin para pelajar justeru dapat menjalankan pengajaran dan pembelajaran dengan sempurna. 

Kepercayaan ibu bapa kepada pihak sekolah wajar dibalas oleh warga guru dengan memberikan ilmu pengetahuan secukupnya bagi membentuk generasi masa depan yang cemerlang. Ibu bapa pula perlu mempunyai kepercayaan dan keyakinan sepenuhnya kepada pihak guru. Sebarang konflik dan prasangka yang wujud perlu segera ditangani dengan bantuan PIBG. Komunikasi dan dialog permuafakatan perlu diadakan segera apabila berlaku sebarang konflik kerana sekiranya dibiarkan akan menyebabkan prestasi sekolah berkenaan akan menurun. Pada masa yang sama, sebarang konflik tidak perlu digembar-gemburkan di media massa yang secara tidak langsung akan menjatuhkan imej guru. Permuafakatan, penglibatan dan saling mempercayai antara ibu bapa, guru dan PIBG adalah sangat penting dalam proses pendidikan.

Kesedaran ibu bapa tentang kesukaran para guru mendidik anak-anak mereka untuk menjadi insan cemerlang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek akan mewujudkan suasana harmoni. Para guru akan melihat pelajar sebagai anak sendiri yang perlu ditatang sepenuhnya di samping akan mengenakan sedikit denda mengikut peraturan yang ditetapkan jika mereka melakukan kesalahan. Namun, ibu bapa di rumah jangan cepat naik angin sekiranya anak-anak mereka didenda. Sesungguhnya jika persefahaman terjalin antara ibu bapa, guru dan PIBG, pasti kecemerlangan sekolah akan tercapai.

* ABD MANAF MAT
SK Senderut (IHEOA)
Kuala Lipis, Pahang

Friday, 15 November 2013

Universitiku Dulu2

Masih ingatkah aku ~ err..entahlah jika bukan disebabkan temuduga..mungkin semua ini makin luput dari ingatan.. malah ada yang aku tak pernah ambil tahu pun.. ada hikmahnya juga interview kali ini..

Jika hari ini aku ditanya :
Siapakah nama dekan sewaktu aku belajar dulu?

Sejujurnya .. aku ingat-ingat lupa.. tiba waktunya untuk aku refresh semula memori lampau yang makin dilitupi debu-debu kelupaan.. mungkin rakan-rakan seangkatanku juga boleh membantu ( menambah di ruangan komen jika ada kesilapan atau pun cadangan ~ amatlah ku alu-alukan ).

Ku selak-selak ruangan laman sesawang yang mungkin dapat membantu. Ini saja yang dapat aku kongsikan setakat ini :

UNIVERSITI MALAYA ( 2000– 2013 )
~ Tuanku Pro Canselor : 
  • Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibuddin
~ Naib Canselor :
  • Professor Dr. Anuar Zaini ( 2000 – 2003 )
  • Professor Dr. Hashim Yaacob ( 2003 – 2006 )
  • Datuk Rafiah Salim ( 2006 – 2008 )
  • Professor Tan Sri Dr. Ghauth Jasmon ( 2008 - 7 Nov 2013 )
  • Prof Datuk Dr Mohd Amin Jalaludin ( 8 Nov 2013 - 7 Nov 2016 )
~ Dekan FSKTM : 
  • Prof Madya Dr. Siti Salwah Salim
 ~ SEJARAH UM:
  • Sejarah Universiti Malaya bermula dari Kolej Perubatan King Edward VII (ditubuhkan pada 1905) dan Kolej Raffles (ditubuhkan pada 1929) di Singapura.
  • Kedua-dua kolej ini bergabung menjadi Universiti Malaya pada 8 Oktober 1949.
  • Kemudian pada tahun 1959, universiti ini mengambil keputusan berpecah kepada dua bahagian, satu di Singapura ( kemudiannya menjadi Universiti Nasional Singapura ) dan satu lagi di Kuala Lumpur ( mengekalkan nama Universiti Malaya ). 
  • Maka secara rasminya Universiti Malaya yang sekarang ini ditubuhkan pada 1 Januari 1962. 
  • Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj merupakan Canselor pertama Universiti Malaya (Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Universiti_Malaya )
~ Keluasan : 309 hektar

UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN ( 2012 – 2013 )
~ Canselor & Pro Canselor : 
  • Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah
~ Naib Canselor : 
  • Prof. Dr. Yahaya bin Ibrahim ( 1 Januari 2013 hingga 31 Disember 2015 )
~ Dekan Fakulti Pengajian Kontemporari Islam : 
  • Profesor Madya Dr. Engku Ahmad Zaki bin Engku Alwi
~ Ketua Jabatan Pendidikan dan Tamadun Islam 
  • En. Abd Aziz bin Sulaiman

~ SEJATAH UNISZA : 

  • Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) yang ditubuhkan pada 2006 ( universiti awam yang ke-18 di negara ini ) ditukar nama kepada Universiti Sultan Zainal Abidin (UnisZA) berkuat kuasa 14 Mei 2010. 
  • Penukaran nama UDM kepada UnisZA adalah mengambil kira sejarah UDM yang pada asalnya adalah Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) sebelum dinaik taraf kepada sebuah universiti. 
  • Hasrat penubuhannya adalah untuk menjadi institusi pendidikan berstatus universiti penuh yang menawarkan pelbagai program akademik di Terengganu. 
  • Universiti ini mula beroperasi di kampus Kolej Sultan Zainal Abidin, sebuah institusi pendidikan agama yang bersejarah di Terengganu dan langkah ini diwujudkan bagi membolehkan beberapa program yang ditawarkan oleh KUSZA sebelum ini dinaik taraf kepada program ijazah.
~ SEJARAH FAKULTI PENGAJIAN KONTEMPORARI ISLAM : 
  • Fakulti Pengajian Kontemporari Islam (FKI), Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) telah diperakukan penubuhannya oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mulai Julai 2006 dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pendidikan Tinggi bil 9/2006 pada 19 Disember 2006. 
  • Fakulti ini merupakan gabungan tiga buah Sekolah Pengajian di era KUSZA iaitu Sekolah Pengajian Islam (SPI), Sekolah Pengajian Umum (SPU) dan Sekolah Pengajian Pendidikan (SPP). 
  • Kombinasi tiga bidang utama iaitu Pengajian Islam, Pengajian Sains Sosial dan Pendidikan diharap dapat memperkasakan lagi bidang-bidang berkenaan khususnya yang berkaitan dengan isu-isu kontemporari.

~ Keluasan :1.4km persegi
 

Thursday, 14 November 2013

Debaran Temuduga 1

Hasil perkongsian rakanku ( AZROS ~ bukan nama sebenar ) mengenai pengalamannya ditemuduga oleh pihak SPP untuk jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah ( DG41 ) ~ guru

Temuduga SPP untuk DPLI-GSTT

http://www.google.com/imgres?start=129&newwindow=1&safe=active&client=firefox-a&hs=X1v&sa=X&rls=org.mozilla:en-US:official&sout=0&tbm=isch&tbnid=iiLOAIq8unp15M:&imgrefurl=http://blog.smartbear.com/how-to/bad-tech-job-interview-questions-and-how-to-answer-them/&docid=a6KIeULmS7_rgM&imgurl=http://blog.smartbear.com/wp-content/uploads/imports/bad_interview_questions.jpg&w=787&h=445&ei=RuCFUoWYEIiLrQfzpIHoDQ&zoom=1&ved=1t:3588,r:32,s:100,i:100&iact=rc&page=11&tbnh=169&tbnw=299&ndsp=13&tx=207&ty=16&biw=1138&bih=540

Tempat : IPG Temenggong Ibrahim, Johor Bharu
Tarikh : 6 November 2013
Bilik : 2
Kumpulan : 6 (paling akhir)
Sesi temuduga berakhir lebih kurang pada pukul 5petang..
Panel terdiri daripada dua orang;
  • Pegawai SPP
  • Guru Cemerlang, Puan Z..
Berikut adalah perkara yg ditanya..

1. Perkenalkan diri:

  • Perkenalkan diri masing-masing. ( TIPS 1 ) ( TIPS 2 )
  • Sebutkan nama Dekan Universiti semasa belajar dulu  ~ Panel bagitahu semua patut tahu nama Dekan (org pertama di fakulti.. )
  • Berapa keluasan Universiti tempat belajar dulu.. 

2. PPPM

Setiap orang soalan yang berlainan..
  • Sebut timeframe PPPM (bermula dari tahun berapa ke berapa)
  • Berapa jenis gelombang yang terlibat
  • Timeframe bagi setiap gelombang
  • Terangkan apa yang berlaku dalam gelombang-gelombang tu

3. FPK

  • Sebut satu persatu apa komponen-komponen penting dalam FPK ~ kalau tak ingat akan diajukan kepada orang sebelah untuk menambah..~ Panel bagitahu sepatutnya FPK semua guru wajib tahu sebab itu tunggak utama dalam dunia pendidikan

4. Akta-akta Pelajaran yang terlibat dalam dunia pendidikan.

  • Sebutkan sahaja akta-akta yang terlibat ~ Panel bagitahu sebagai guru mesti tahu semua akta-akta wujud dalam Negara Malaysia ni..

5. Pedagogi, P&P

  • Ceritakan cara mengajar..
  • Bagaimana seorang guru boleh tahu objektif pembelajaran mereka boleh tercapai
  • Sebutkan perkembangan terkini dalam dunia TMK ~ Jika jawab FROG VLE.. panel minta huraikan lagi bagaimana FROG VLE dapat meningkatkan pencapaian pelajar dalam kelas..

6. Kebudayaan di tempat anda

  • Jenis tarian yang popular di Sabah, Perlis, Kelantan
  • Tarian yang popular di Pahang.

#Nasihat daripada rakan yang melalui pengalaman di atas :
  1. Bacalah dengan bersungguh-sungguh semua pasal pendidikan ni sebab panel-panel memang unexpected..
  2. Bilik temuduga no 1 memang untung sebab ada panel hanya sembang-sembang aje dalam bilik temuduga. Apapun tu nasib masing-masing..
  3. Kalau kena panel ok sangat pun kena jaga-jaga juga sebab sebelum masuk bilik temuduga, walaupun nampak macam kita tidak dinilai, tapi sebenarnya mereka sedang memerhatikan kita..
  4. Markah dikira dari 4 aspek…~ markah dikira dari segi :
  • ketrampilan,
  • cara berfikir (kalau jenis calon yang suka berfikir out of the box, markah akan jadi lebih tinggi),
  • pengetahuan mengenai isu semasa,
  • pengetahuan dalam bidang pengajaran (pedagogi)..
** Jadinya walaupun kita dapat panel yang nampak macam ok, sebenarnya kita sedang dinilai dari 4 aspek tersebut.. ..so please behave yourself as long as u are staying with the interviewer..
Moga kita semua mendapat manfaat daripada perkongsian ini .. Inshaa Allah.. May Allah bless you AZROS

Tuesday, 12 November 2013

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Errrk... jika hari ini aku ditanya... tentang FPK.. agak2 selancar mana bait2 ayat mengenai FPK meniti di bibirku.. ahh..masih kosong penghayatanku mengenai FPK.. layakkah aku menjadi seorang guru..jika halatuju pendidikan belum aku fahami sepenuhnya.. Ya Allah terangkanlah hatiku untuk memahaminya dan kuatkanlah semangatku untuk menghayatinya..

APAKAH ITU FPK?


Jom baca ni..

Menunggu


Dah jadi cikgu ke anak Awfa ni? Err.. jawapannye belum.. masih setia menunggu peluang itu datang.. perjuangan memburu..

Monday, 11 November 2013

Salam Sedunia..


Alhamdulillah...dengan lafaz Bismillah.. aku memulakan langkah untuk menghiasi blog ini dengan wadah-wadah ilmu .. mahu pun cetek ilmu dan pengalamanku di bumi Allah yang bertuah ini.. namun akan ku..