- ibu bapa,
- Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)
- dan guru-guru di sekolah.
Ibu bapa tidak
seharusnya menganggap bahawa pendidikan hanya berlaku di sekolah semata-mata
tanpa penglibatan ibu bapa di rumah. Pendidikan
anak-anak bermula sejak di dalam kandungan ibu lagi dan bukannya bermula pada
hari pertama anak-anak menjejakkan kaki ke sekolah sama ada memasuki tadika, tabika
ataupun prasekolah. Oleh itu, ibu bapa
tidak seharusnya terlalu sibuk dengan kerjaya sehingga mengabaikan pendidikan
anak-anak. Paling utama, usah
serahkan bulat-bulat anak-anak kepada pihak lain kerana anak-anak amat
memerlukan kasih-sayang sepenuhnya daripada ibu bapa mereka. Apabila anak-anak
tidak mendapat kasih-sayang sepatutnya maka akan berlaku vakum kasih-sayang. Kekosongan
tersebut akan diisi dengan pelbagai aktiviti seperti :
- ketagihan Internet
- merokok
- merempit
- melepak di tempat awam
- penyalahgunaan dadah
- dan pelbagai salah laku lain.
Tingkah laku
sedemikian perlu segera ditangani oleh ibu bapa kerana sekiranya dibiarkan akan
menjejaskan prestasi pelajaran mereka di sekolah.
Walau bagaimanapun,
sekiranya anak-anak yang dihantar ke sekolah mempunyai kasih sayang yang
secukupnya diberikan oleh ibu bapa, sudah pasti guru-guru dapat menjalankan
peranan dan tanggungjawab mereka dengan cemerlang. Guru-guru tidak
pening kepala untuk menyelesaikan masalah disiplin para pelajar justeru dapat
menjalankan pengajaran dan pembelajaran dengan sempurna.
Kepercayaan ibu
bapa kepada pihak sekolah wajar dibalas oleh warga guru dengan memberikan ilmu
pengetahuan secukupnya bagi membentuk generasi masa depan yang cemerlang. Ibu bapa pula perlu
mempunyai kepercayaan dan keyakinan sepenuhnya kepada pihak guru. Sebarang
konflik dan prasangka yang wujud perlu segera ditangani dengan bantuan PIBG. Komunikasi dan
dialog permuafakatan perlu diadakan segera apabila berlaku sebarang konflik
kerana sekiranya dibiarkan akan menyebabkan prestasi sekolah berkenaan akan menurun. Pada masa yang
sama, sebarang konflik tidak perlu digembar-gemburkan di media massa yang
secara tidak langsung akan menjatuhkan imej guru. Permuafakatan,
penglibatan dan saling mempercayai antara ibu bapa, guru dan PIBG adalah sangat
penting dalam proses pendidikan.
Kesedaran ibu bapa
tentang kesukaran para guru mendidik anak-anak mereka untuk menjadi insan
cemerlang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek akan mewujudkan suasana
harmoni. Para guru akan
melihat pelajar sebagai anak sendiri yang perlu ditatang sepenuhnya di samping
akan mengenakan sedikit denda mengikut peraturan yang ditetapkan jika mereka
melakukan kesalahan. Namun, ibu bapa di
rumah jangan cepat naik angin sekiranya anak-anak mereka didenda. Sesungguhnya
jika persefahaman terjalin antara ibu bapa, guru dan PIBG, pasti kecemerlangan
sekolah akan tercapai.
* ABD MANAF MAT
SK Senderut (IHEOA)
Kuala Lipis, Pahang
Artikel Penuh:
http://utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20131118/pe_01/Menjana-kecemerlangan-sekolah#ixzz2lREZ9Odb
© Utusan Melayu (M) Bhd
http://utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20131118/pe_01/Menjana-kecemerlangan-sekolah#ixzz2lREZ9Odb
© Utusan Melayu (M) Bhd

0 comments:
Post a Comment