Jika hari ini aku ditanya :
Siapakah nama dekan sewaktu aku belajar dulu?
Sejujurnya .. aku ingat-ingat lupa.. tiba waktunya untuk aku refresh semula memori lampau yang makin dilitupi debu-debu kelupaan.. mungkin rakan-rakan seangkatanku juga boleh membantu ( menambah di ruangan komen jika ada kesilapan atau pun cadangan ~ amatlah ku alu-alukan ).
Ku selak-selak ruangan laman sesawang yang mungkin dapat membantu. Ini saja yang dapat aku kongsikan setakat ini :
UNIVERSITI MALAYA ( 2000– 2013 )
~
Tuanku Pro Canselor :
- Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibuddin
~
Naib Canselor :
- Professor Dr. Anuar Zaini ( 2000 – 2003 )
- Professor Dr. Hashim Yaacob ( 2003 – 2006 )
- Datuk Rafiah Salim ( 2006 – 2008 )
- Professor Tan Sri Dr. Ghauth Jasmon ( 2008 - 7 Nov 2013 )
- Prof Datuk Dr Mohd Amin Jalaludin ( 8 Nov 2013 - 7 Nov 2016 )
~
Dekan FSKTM :
- Prof Madya Dr. Siti Salwah Salim
~ SEJARAH UM:
- Sejarah Universiti Malaya bermula dari Kolej Perubatan King Edward VII (ditubuhkan pada 1905) dan Kolej Raffles (ditubuhkan pada 1929) di Singapura.
- Kedua-dua kolej ini bergabung menjadi Universiti Malaya pada 8 Oktober 1949.
- Kemudian pada tahun 1959, universiti ini mengambil keputusan berpecah kepada dua bahagian, satu di Singapura ( kemudiannya menjadi Universiti Nasional Singapura ) dan satu lagi di Kuala Lumpur ( mengekalkan nama Universiti Malaya ).
- Maka secara rasminya Universiti Malaya yang sekarang ini ditubuhkan pada 1 Januari 1962.
- Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj merupakan Canselor pertama Universiti Malaya (Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Universiti_Malaya )
~
Keluasan : 309 hektar
UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN ( 2012 – 2013 )
~
Canselor & Pro Canselor :
- Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah
~
Naib Canselor :
- Prof. Dr. Yahaya bin Ibrahim ( 1 Januari 2013 hingga 31 Disember 2015 )
~
Dekan Fakulti Pengajian Kontemporari Islam :
- Profesor Madya Dr. Engku Ahmad Zaki bin Engku Alwi
~
Ketua Jabatan Pendidikan dan Tamadun Islam
- En. Abd Aziz bin Sulaiman
~ SEJATAH UNISZA :
- Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) yang ditubuhkan pada 2006 ( universiti awam yang ke-18 di negara ini ) ditukar nama kepada Universiti Sultan Zainal Abidin (UnisZA) berkuat kuasa 14 Mei 2010.
- Penukaran nama UDM kepada UnisZA adalah mengambil kira sejarah UDM yang pada asalnya adalah Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) sebelum dinaik taraf kepada sebuah universiti.
- Hasrat penubuhannya adalah untuk menjadi institusi pendidikan berstatus universiti penuh yang menawarkan pelbagai program akademik di Terengganu.
- Universiti ini mula beroperasi di kampus Kolej Sultan Zainal Abidin, sebuah institusi pendidikan agama yang bersejarah di Terengganu dan langkah ini diwujudkan bagi membolehkan beberapa program yang ditawarkan oleh KUSZA sebelum ini dinaik taraf kepada program ijazah.
~
SEJARAH FAKULTI PENGAJIAN KONTEMPORARI ISLAM :
- Fakulti Pengajian Kontemporari Islam (FKI), Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) telah diperakukan penubuhannya oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mulai Julai 2006 dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pendidikan Tinggi bil 9/2006 pada 19 Disember 2006.
- Fakulti ini merupakan gabungan tiga buah Sekolah Pengajian di era KUSZA iaitu Sekolah Pengajian Islam (SPI), Sekolah Pengajian Umum (SPU) dan Sekolah Pengajian Pendidikan (SPP).
- Kombinasi tiga bidang utama iaitu Pengajian Islam, Pengajian Sains Sosial dan Pendidikan diharap dapat memperkasakan lagi bidang-bidang berkenaan khususnya yang berkaitan dengan isu-isu kontemporari.
~
Keluasan :1.4km persegi
0 comments:
Post a Comment