Thursday, 14 November 2013

Debaran Temuduga 1

Hasil perkongsian rakanku ( AZROS ~ bukan nama sebenar ) mengenai pengalamannya ditemuduga oleh pihak SPP untuk jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah ( DG41 ) ~ guru

Temuduga SPP untuk DPLI-GSTT

http://www.google.com/imgres?start=129&newwindow=1&safe=active&client=firefox-a&hs=X1v&sa=X&rls=org.mozilla:en-US:official&sout=0&tbm=isch&tbnid=iiLOAIq8unp15M:&imgrefurl=http://blog.smartbear.com/how-to/bad-tech-job-interview-questions-and-how-to-answer-them/&docid=a6KIeULmS7_rgM&imgurl=http://blog.smartbear.com/wp-content/uploads/imports/bad_interview_questions.jpg&w=787&h=445&ei=RuCFUoWYEIiLrQfzpIHoDQ&zoom=1&ved=1t:3588,r:32,s:100,i:100&iact=rc&page=11&tbnh=169&tbnw=299&ndsp=13&tx=207&ty=16&biw=1138&bih=540

Tempat : IPG Temenggong Ibrahim, Johor Bharu
Tarikh : 6 November 2013
Bilik : 2
Kumpulan : 6 (paling akhir)
Sesi temuduga berakhir lebih kurang pada pukul 5petang..
Panel terdiri daripada dua orang;
  • Pegawai SPP
  • Guru Cemerlang, Puan Z..
Berikut adalah perkara yg ditanya..

1. Perkenalkan diri:

  • Perkenalkan diri masing-masing. ( TIPS 1 ) ( TIPS 2 )
  • Sebutkan nama Dekan Universiti semasa belajar dulu  ~ Panel bagitahu semua patut tahu nama Dekan (org pertama di fakulti.. )
  • Berapa keluasan Universiti tempat belajar dulu.. 

2. PPPM

Setiap orang soalan yang berlainan..
  • Sebut timeframe PPPM (bermula dari tahun berapa ke berapa)
  • Berapa jenis gelombang yang terlibat
  • Timeframe bagi setiap gelombang
  • Terangkan apa yang berlaku dalam gelombang-gelombang tu

3. FPK

  • Sebut satu persatu apa komponen-komponen penting dalam FPK ~ kalau tak ingat akan diajukan kepada orang sebelah untuk menambah..~ Panel bagitahu sepatutnya FPK semua guru wajib tahu sebab itu tunggak utama dalam dunia pendidikan

4. Akta-akta Pelajaran yang terlibat dalam dunia pendidikan.

  • Sebutkan sahaja akta-akta yang terlibat ~ Panel bagitahu sebagai guru mesti tahu semua akta-akta wujud dalam Negara Malaysia ni..

5. Pedagogi, P&P

  • Ceritakan cara mengajar..
  • Bagaimana seorang guru boleh tahu objektif pembelajaran mereka boleh tercapai
  • Sebutkan perkembangan terkini dalam dunia TMK ~ Jika jawab FROG VLE.. panel minta huraikan lagi bagaimana FROG VLE dapat meningkatkan pencapaian pelajar dalam kelas..

6. Kebudayaan di tempat anda

  • Jenis tarian yang popular di Sabah, Perlis, Kelantan
  • Tarian yang popular di Pahang.

#Nasihat daripada rakan yang melalui pengalaman di atas :
  1. Bacalah dengan bersungguh-sungguh semua pasal pendidikan ni sebab panel-panel memang unexpected..
  2. Bilik temuduga no 1 memang untung sebab ada panel hanya sembang-sembang aje dalam bilik temuduga. Apapun tu nasib masing-masing..
  3. Kalau kena panel ok sangat pun kena jaga-jaga juga sebab sebelum masuk bilik temuduga, walaupun nampak macam kita tidak dinilai, tapi sebenarnya mereka sedang memerhatikan kita..
  4. Markah dikira dari 4 aspek…~ markah dikira dari segi :
  • ketrampilan,
  • cara berfikir (kalau jenis calon yang suka berfikir out of the box, markah akan jadi lebih tinggi),
  • pengetahuan mengenai isu semasa,
  • pengetahuan dalam bidang pengajaran (pedagogi)..
** Jadinya walaupun kita dapat panel yang nampak macam ok, sebenarnya kita sedang dinilai dari 4 aspek tersebut.. ..so please behave yourself as long as u are staying with the interviewer..
Moga kita semua mendapat manfaat daripada perkongsian ini .. Inshaa Allah.. May Allah bless you AZROS

0 comments:

Post a Comment